Trump Berdepan Tekanan, Kempen Mula Terjejas

711

Menurut sebuah laporan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa berada dalam keadaan tidak stabil serta kempen pilihan raya beliau dikhabarkan turut terjejas. Hal ini demikian kerana pembantunya, John Bolton mendedahkan bahawa beliau tidak layak untuk menyandang jawatan presiden negara tersebut.

Tambahan daripada itu, janji yang ditabur oleh Trump untuk melobi pilihan raya kali ini telah disekat oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Usaha presiden tersebut untuk membuat penghantaran pulang para pendatang tanpa dokumen telah dilarang oleh mahkamah itu.

Lebih malang lagi, mahkamah itu turut mendakwa bahawa mereka akan menentang sekeras-kerasnya usaha presiden berkenaan yang ingin menghapuskan perlindungan yang melibatkan ratusan ribu pendatang tanpa dokumen.

Bukan itu sahaja! Trump juga dikatakan telah ketinggalan jauh berbanding saingannya iaitu calon Demokrat, Joe Biden.

Selain itu, terdapat beberapa demonstrasi telah dirancang serta berkemungkinan dapat menjejaskan kempen Trump untuk Pilihan Raya Presiden negara kuasa besar itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat