Trump Cadang Pilihanraya Presiden Ditangguhkan

365

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan jawatannya meskipun beliau kalah dalam pilihan raya akan datang.

Menurut Wakil Demokratik Dewan Rakyat, James Clyburn, beliau percaya Trump mempunyai pelan kontingensi untuk mengekalkan jawatannya.

Terdahulu, Trump mencetuskan kontroversi apabila membidas langkah untuk melakukan undi pos bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di Twitter pada Khamis lalu

Oleh itu, beliau mencadangkan agar pilihan raya ditangguhkan sehingga Covid-19 reda.

Beliau mendakwa sekiranya undi pos dijalankan, pilihan raya tahun ini akan menjadi pilihan raya paling tidak tepat dan penuh dengan penipuan dalam sejarah AS.

Ujar Trump, jika undi pos dijalankan, ia akan mengambil masa yang lama untuk membuat pengiraan.

Sementara itu, Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell berkata, setiap negeri mempunyai hak untuk memilih cara yang terbaik ketika mengendalikan pilihan raya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat