Trump Dah Kalah Pun, China Tak Puas Hati Lagi?

1,819

China hari ini menolak untuk mengucapkan tahniah kepada Joe Biden sebagai pemenang pilihan raya presiden AS, dengan alasan bahawa keputusan pengundian masih belum disahkan.

Walaupun pesaingnya, Donald Trump belum mengakui kekalahannya dan melancarkan beberapa cabaran undang-undang, majoriti pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Biden dan pasangannya Kamala Harris setelah Demokrat diumumkan sebagai pemenang pada hujung minggu dan sambutan kemenangan tersebut telah pun berlangsung di bandar-bandar Amerika.

Selama 4 tahun Trump mengendalikan White House, hubungan antara 2 buah negara iaitu China dan Amerika semakin dingin dengan perang dagang yang meletus sekali gus kedua-dua buah negara menunding jari antara satu sama lain berikutan dengan penularan wabak pandemik Covid-19.

Selain China, beberapa negara besar termasuk Rusia dan Mexico juga didakwa belum mengucapkan tahniah kepada Presiden berkenaan.

Menurut jurucakap kementerian luar negeri China, Wang Wenbin, hasil pemilihan presiden berkenaan akan disahkan berdasarkan prosedur dan undang-undang Amerika Syarikat. Tambahan daripada itu, beliau dikhabarkan tidak mahu mengakui kemenangan Biden akan tetapi menzahirkan harapan agar pemerintah baharu AS akan mengadakan pertemuan dengan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat