Trump Dakwa Demokratik Bakal Main Kotor

149

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran parti Demokratik akan cuba ‘menipu’ ketika pilihan raya Presiden pada November ini, sejurus selepas Republikan memilih beliau sebagai calon utama secara rasmi semalam.

Lapor BBC, Trump mendakwa Republikan akan menggunakan isu Covid-19 untuk menipu rakyat Amerika.

Trump juga menegaskan pendiriannya sebelum ini bahawa undi secara pos akan menyebabkan berlakunya penipuan dalam kiraan undian.

“Satu-satunya cara untuk mereka memenangi pilihan raya itu adalah sekiranya wujud penipuan dalam pilihan raya itu. Kami akan menang,” kata Trump.

Bagaimanapun, dakwaan Trump itu ditentang oleh para pakar penganalisis politik bebas.

Sebelum ini, Trump turut mengeluarkan kenyataan serupa ketika beliau menentang Hillary Clinton pada pilihan raya 2016.

Terdahulu, Trump tidak membenarkan dana berjumlah AS$25 bilion yang dimohon oleh Demokrat dalam usaha menyokong pengundian secara pos.

Susulan itu, Demokrat mendakwa Trump sengaja melakukan sabotaj terhadap parti tersebut.

Undian pendapat orang ramai ketika ini menunjukkan Trump berada di tempat kedua di belakang pesaingnya, Joe Biden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat