Trump Hampir Pasti Untuk Kalah Dalam Pilihan Raya November Ini

521

Mungkin bimbang jika keadaan semakin parah, Donald Trump digesa oleh sekutunya untuk tidak bertindak keterlaluan hingga menyebabkan kekacauan.

Sebaliknya, presiden Amerika Syarikat (AS) itu diminta untuk menyediakan visi yang jelas bagi penggal kedua untuk mengelakkan sebarang kekalahan bagi pemilihan semula yang akan datang.

Berbaki empat bulan sahaja lagi sebelum Trump bertanding menentang calon demokrat Joe Biden dalam pilihan raya AS. Namun, sehingga sekarang jumlah tinjauan ke atas Trump menunjukkan reaksi sebaliknya, susut ketika beliau cuba menangani wabak Covid-19, isu ekonomi dan rusuhan perkauman.

Barisan Republik mula bimbang jika mereka akan kalah dalam pilihanraya tersebut memandangkan mereka sudah hilang kuasa terhadap Dewan Rakyat pada 2018.

Salah seorang penyokongnya menyifatkan Trump merupakan musuh kepada dirinya sendiri. Tindakan beliau di media sosial Twittter dengan ciapan semula video yang mengandungi unsur rasis menimbulkan persoalan jika beliau benar-benar mahukan jawatan tersebut.

Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell turut berkongsi nasihat kepada calon Senat Republik untuk menjauhi dari Trump jika mereka berkehendak untuk menang dalam pilihan raya dan memiliki undian majoriti.

Trump juga didakwa sedia maklum tentang kekalahan beliau menentang Biden di dalam pilihanraya kelak, susulan daripada keputusan undian negeri dan daerah.

Justeru, presiden itu sedang berusaha untuk membersihkan namanya semula dengan mempertimbangkan perubahan ke atas kakitangan dan menyusun strategi untuk menarik hati pengundi luar dari sasarannya sebelum ini.

Walaupun White House menjangkakan Trump akan lebih sukar mendapatkan undian kali ini, presiden itu dikatakan akan menfokuskan kepada kebolehannya dalam memimpin pemulihan ekonomi negara, yang mana masih ada harapan di dalam undian.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat