Trump Janji 10 Juta Pekerjaan Akan Dicipta Di A.S Tetapi Dengan Bersyarat?

701

Presiden Donald Trump pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berjanji akan menciptakan 10 juta pekerjaan di Amerika Syarikat (A.S) dalam tempoh 10 bulan.

Dalam masa yang sama Trump juga menegaskan bahawa beliau akan menghukum syarikat-syarikat Amerika agar memindahkan pekerjaan dari China ke A.S. Bagi mereka yang patuh, potongan cukai akan diberikan dan langkah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan A.S terhadap China.

Kata Trump di Minnesota pada hari Isnin, “pentadbiran A.S akan menawarkan pelepasan cukai untuk syarikat-syarikat yang memindahkan pekerjaan dari China ke Amerika. Bagi syarikat yang lebih memilih untuk membuka pekerjaan di luar negara maka tarif akan dikenakan.”

Trump juga memberi harapan dan berjanji bahawa 10 juta pekerjaan akan dicipta dalam tempoh 10 bulan. Beliau turut mengatakan bahawa ekonomi A.S akan bertumbuh kembali dengan pantas daripada kemelesetan akibat penularan wabak Covid-19 jika beliau terpilih kembali.

Di sisi lain, beberapa negara seperti India, Taiwan dan Jepun juga telah menawarkan insentif fiskal menarik untuk syarikat-syarikat mengalihkan pengeluaran dari China ke negara sendiri.

Kini berbaki 11 minggu menjelang pilihan raya umum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat