Trump ‘Kantoi’ Lagi!

849

Penasihat wabak coronavirus White House, Dr. Anthony Fauci mengatakan pada hari Rabu bahawa semua data saintifik sah menunjukkan bahawa ubat anti malaria atau lebih dikenali sebagai hydroxychloroquine tidak berkesan untuk merawat coronavirus, bertentangan dengan pendapat Presiden Donald Trump mengenai ubat tersebut.

Selain itu, ubat tersebut telah pun menjalani uji kaji secara berterusan dan setiap data yang dikemukakan menjadi bukti bahawa ianya tidak berkesan sebagai rawatan kepada wabak COVID-19.

Fauci bertindak mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut selepas Trump mendedahkan bahawa beliau masih menganggap hydroxychloroquine berfungsi sebagai rawatan coronavirus.

Presiden Amerika Syarikat itu telah berkongsi sebuah video di laman twitter miliknya dan menjadi tular kerana beliau mendakwa bahawa ubat itu sebagai penawar COVID-19 bahkan orang ramai tidak perlu untuk memakai topeng muka bagi mencegah penularan penyakit berjangkit itu.

Tidak lama kemudian, video berkenaan telah pun disekat kerana mengandungi maklumat yang mengelirukan.

Menurut Trump, beliau tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan tersebut dan ianya juga merupakan cadangan daripada individu lain termasuklah para doktor perubatan. Di samping itu, pemimpin negara itu menyatakan bahawa pengambilan ubat anti malaria tersebut adalah selamat dan beliau tidak mengalami sebarang masalah ketika menggunakannya.

Hakikatnya, pada bulan lalu, FDA telah menarik semula kebenaran penggunaan hydroxychloroquine untuk kecemasan setelah ianya terbukti tidak berkesan menentang wabak berbahaya tersebut malah boleh mengakibatkan komplikasi jantung kepada para pesakit.

Oleh itu, orang ramai diingatkan agar meneliti fakta sains dan data saintifik yang telah dikeluarkan bahawa hydroxychloroquine tidak mampu untuk merawat wabak COVID-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat