Trump Kena Saman Lagi, Kali Ini Siapa Pula?

302

Beberapa syarikat pengeluar kereta utama Amerika Syarikat (AS) bertindak memfailkan saman terhadap kerajaan AS berhubung cukai import yang dikenakan terhadap barangan alat ganti China.

Menurut BBC, Tesla, Volvo, Ford dan Mercedes-Benz tidak gembira dengan duti kastam yang diperkenalkan oleh pentadbiran Trump serta menuntut pembayaran balik.

Tuntutan saman itu difailkan oleh kesemua syarikat berkenaan beberapa hari lalu di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa di New York.

Kesemua firma berkenaan turut mendesak agar cukai import itu ditarik balik.

Tegas Mercedez-Benz, pelaksanaan cukai itu memberi kesan import sebanyak AS$500 bilion dari China.

AS dan China telah melaksanakan cukai sempadan terhadap barangan dan perkhidmatan antara satu sama lain sebagai sebahagian daripada perang perdagangan.

Ketegangan antara Washington dan Beijing kian memuncak dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, terutamanya membabitkan firma teknologi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat