Trump kepada Clinton: Kerana Awak Akan Dimasukkan Ke Dalam Penjara

46

Calon Presiden parti Demokratik, Hillary Clinton menjadi fokus media antarabangsa semalam apabila FBI membuka semula fail siasatan tentang, penggunaan “e-mel peribadi” dan bukannya akaun e-mel jabatan kerajaan yang lebih selamat semasa menjadi Setiausaha Negara untuk urusan kerajaan US.

Ada di antara pengamal undang-undang dan ahli Kongres menegaskan bahawa penggunaan perisian sistem pesanan peribadi adalah melanggar protokol dan prosedur Jabatan Negara, serta undang-undang dan peraturan-peraturan persekutuan yang mengawal penyimpanan rekod atau rahsia kerajaan.

Trump dalam debat kedua pernah mengatakan, “jka saya terpilih menjadi pesiden, saya akan menubuhkan badan penyiasat khas untuk menyiasat awak.”

Dengan hanya tinggal 11 hari lagi sehingga hari pengundian pada 8 November, Pengarah FBI James Comey mengatakan di dalam surat yang dihantar kepada ahli Kongres Republikan bahawa agensi itu sedang menyiasat e-mel yang berkaitan dengan siasatan. Pun begitu, Dia masih tidak tahu sama ada e-mel itu signifikan kepada dakwaan ataupun tidak.

Hal ini lah yang menjadi isi penting yang digunakan oleh Trump (calon presiden Republikan) dalam ketiga-tiga debat yang diadakan sebelum ini. Namun tanpa bukti kukuh, Trump dilihat sukar untuk menandingi Clinton pada tempoh ini, ditambah lagi Trump dilihat kalah dalam debat yang dijalankan sebelum ini.

Dengan pembukaan semula kes oleh FBI, Trump akan mendapat manfaat dan meningkatkan semula sokongan kepadanya, lebih-lebih lagi hari undian yang hanya tinggal 11 hari.

lan-3

 

Rakyat Amerika berpendapat pekerjaan dan situasi ekonomi adalah keutamaan mereka pada ketika ini apabila membuat keputusan untuk mengundi calon presiden. Trump menegaskan sebagai ahli perniagaan yang berjaya, dia adalah calon terbaik untuk membangunkan semula ekonomi US yang kekurangan pekerjaan dan menyebabkan rakyat US sukar mendapat pekerjaan yang baik.

Clinton pada masa sama yang berkempen di Iowa menunjukkan peratusan sokongan yang hampir antara kedua-dua calon. Manakala di Michigan sebagai kawasan kuat Parti Demokrat mungkin akan menjadi sengit dalam pertembungan kedua-dua calon kerana perpindahan kebanyakan syarikat pembuatan ke luar Negara.

 

Kesan kepada Pasaran Matawang

Pasaran matawang semalam menyaksikan kejatuhan matawang US dollar berbanding matawang utama dunia yang lain sejurus sahaja tersebarnya berita pembukaan semula kes oleh FBI terhadap e-mel peribadi Clinton. US dollar yang dilihat kuat selama beberapa minggu ini jatuh disebabkan siasatan ini yang meningkatkan sokongan kepada Trump. Pemerhati pasaran melihat kemenangan Trump akan menyebabkan volatility (turun-naik) yang tak menentu dalam pasaran.

Namun Mexican peso jatuh sebanyak 2% apabila tersebarnya berita ini. Kenapa pula Mexico jatuh sedangkan matawang lain kuat berbanding US dollar? Perdagangan Mexico dengan US dilihat akan menjadi perlahan jika Trump menjadi Presiden US.

Baru-baru ini dalam undian internet, Peso menjunam ke paras terendah kerana Donald Trump mendapat peratusan lebih tinggi daripada Clinton. Dia juga berjanji untuk membina tembok sempadan yang besar dengan Mexico dan merundingkan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara(NAFTA) yang baginya hanya banyak merugikan Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat