Trump Mengamuk Lagi di Twitter, Gesa Fed Potong Kadar Faedah Lebih Besar!

1,086

President Donald Trump baru sahaja memuat naik kenyataan menerusi laman web Twitter dengan menggesa the Fed agar mempercepatkan pengurangan kadar faedah dan bank pusat AS perlu bersaing dengan negara-negara global lain.

“The Fed mesti mengurangkan kadar faedah dengan kadar lebih besar,pantas dan berhenti daripada meneruskan pengetatan polisi”- Trump. Dalam masa yang sama Trump juga mengatakan China bukanlah masalah. Negara AS lebih kuat dan kukuh. Wang banyak mengalir kedalam negara AS manakala China sedang berhadapan dengan kehilangan banyak syarikat daripada negara lain dan matawang yuan berada dalam masalah.

 

Sebelum ini Trump telah bertegas mengkritik the Fed walaupun beliau bersetuju mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat minggu lepas. Pasaran menjangkakan bahawa akan terdapat lagi satu pengurangan faedah pada mesyuarat bulan September nanti.

Trump menambah, perkara boleh diselesaikan dengan mudah walaupun pada akhirnya kita akan menang. Namun ia akan jadi lebih baik jika the Fed memahaminya, tetapi sayang mereka tidak memahaminya bahawa kita sedang bersaing dengan negara-negara lain.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah sebanyak -0.18% pada paras 97.238 setakat jam 9.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat