Trump Menggesa The Fed Agar Memotong Kadar Faedah Dengan “Kadar Yang Besar”!

364

Presiden Donad Trump telah melancarkan kritikan sekali lagi ke arah The Fed pada hari ini dengan menggesa agar the Fed memotong kadar faedah dengan kadar yang besar menjelang penampilan pengerusi the Fed Jerome Powell di Simposium Ekonomi 2 hari lagi.

Menurut Trump, masalah yang dihadapi sekarang ialah Powell dan the Fed. Amerika Syarikat akan mencatat pertumbuhan ekonomi yang pantas jika tindakan yang tepat dilakukan iaitu pemotongan kadar faedah dengan kadar yang besar.

Trump telah menuduh bahawa polisi yang diterapkan the Fed adalah salah dan beliau juga merungut bahawa kadar faedah harus diturunkan pada paras yang lebih rendah yang dikecapi.

Trump juga telah beberapa kali mengulangi bahawa polisi monetari yang diterapkan adalah lemah. Pertumbuhan GDP bertumbuh dengan kadar perlahan secara tahun pada suku kedua iaitu pada 2.1%. Pertumbuhan yang paling perlahan dalam tempoh 2 tahun.

Walaubagaimanapun the Fed juga beberapa kali menekankan bahawa bank pusat adalah badan yang terpisah dan tidak akan tunduk pada tekanan politik.

Pasaran menjangkakan the Fed akan memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat akan datang pada bulan September. Disisi Trump, pemotongan kadar faedah sebanyak 100 mata asas adalah kadar yang ideal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat