Trump Merajuk! Tidak Mahu Bercakap Dengan China

443

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengatakan bahawa beliau yang menangguhkan rundingan perdagangan dengan China pada Sabtu lalu.

Selain itu, Trump turut menambah bahawa beliau tidak mahu bercakap dengan China buat masa sekarang dan sekali lagi menyalahkan Beijing yang gagal membendung penularan coronavirus sehingga menjadi krisis pandemik.

Ketika ditanya di sebuah acara di Yuma, Arizona sama ada beliau akan menarik diri daripada perjanjian perdagangan fasa 1 ini dengan China, Trump memberitahu ‘lihat dahulu’.

Komen terbaru daripada Trump ini kelihatannya berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan apabila perbincangan mengenai semakan semula perlaksanaan perjanjian pada Sabtu ditangguhkan, yang mana ia ditangguhkan adalah kerana untuk memberi lebih masa untuk Beijing memenuhi komitmennya.

Malah, pada Jumaat lalu juga pentadbiran Trump dikatakan berpuas hati dengan pembelian yang dilakukan oleh China ke atas pembelian barangan AS walaupun ia masih jauh daripada matlamat yang disasarkan untuk tahun ini.

Kenyataan terbaru Trump ini nyata mengelirukan pasaran yang mengharapkan hubungan perdagangan antara dua negara itu untuk kembali pulih.

Perbincangan pada Sabtu baru-baru ini diadakan untuk meninjau kemajuan perlaksanaan perjanjian dalam tempoh enam bulan sejak ia ditandatangani pada Januari lalu.

Timbalan Perdana Menteri China, Liu He sepatutnya mengadakan panggilan video konferens bersama Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer dan Setiausaha Perdagangan Steven Mnuchin, namun malangnya ia ditangguhkan kepada tarikh yang belum ditetapkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat