Trump Salahkan Bank Pusat Atas Kejatuhan Besar Pasaran Saham Wallstreet

856

Presiden Donald Trump menyalahkan Federal Reserve dan mengatakan bank pusat itu sebagai “gila” dengan kenaikan kadar faedah selepas sejam kejatuhan besar pasaran saham Amerika Syarikat pada Rabu.

“The Fed membuat kesilapan,” kata beliau kepada wartawan pada Rabu. “Mereka terlalu ketat. Saya rasa mereka dah gila.”

Serangan terbaru Trump nampaknya bagi menyalahkan bank pusat itu kerana kejatuhan pasaran saham walaupun sebilangan penganalisis melihat ia adalah disebabkan perang perdagangan AS-China. Trump sebelum ini telah beberapa kali mengkritik The Fed kerana tindakan bank pusat menaikkan kadar faedah. Untuk pengetahuan anda, Federal Reserve pada September telah menaikkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini.

Trump sering mengatakan bahawa kenaikan pasaran saham sebelum ini adalah hasil daripada dasar ekonomi kerajaan baru AS, namun menyalahkan bank pusat apabila berlaku kejatuhan kepada ekuiti.

“Saya rasa ia baik,” kata Trump merujuk kepada kejatuhan pasaran saham. “Sebenarnya, ia hanyalah pembetulan harga (correction) yang kita tunggu-tunggu selama ini. Tetapi saya sangat tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Fed.”

Tiga indeks utama Wallstreet S&P500, Dow Jones dan Nasdaq masing-masing meleset sebanyak -3.29%, -3.15% dan -4.08% pada Rabu. Nampaknya, pasaran saham Asia pada hari ini juga banyak mendapat tempias dari China ke Jepun hingga ke Asia Tenggara.

Kejatuhan ini berlaku selepas International Monetary Fund (IMF) memberi amaran tentang pertumbuhan ekonomi di mana ramalan pertumbuhan diturunkan buat pertama kali selepas dua tahun dan menuding jari kepada ketegangan perdagangan dan juga tekanan yang dialami oleh pasaran baru membangun (emerging markets).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat