Trump Sedang Mempertimbangkan Perintah Eksekutif Untuk Tangani Isu Tertangguh!

458

Ketua kakitangan pentadbiran Amerika Syarikat (A.S), Mark Meadows telah memberikan sedikit butiran mengenai pertikaian antara A.S dan China dan beberapa isu lain bahwa Presiden A.S Donald Trump sedang mempertimbangkan beberapa perintah eksekutif yang mensasarkan sektor pembuatan, imigrasi dan perdagangan dengan China

Menurut Meadows,perintah ekslusif ini berobjektifkan untuk menangani beberapa masalah imigrasi yang telah berlaku sebelum ini dan beberapa masalah pembuatan dan pekerjaan. Dalam masa yang sama, urusan dengan China turut menjadi agenda utama yang perlu diselesaikan.

Sejak Trump mengambil alih jawatan Presiden, Trump bertekad dan berusaha untuk membatalkan program perlindungan bagi ribuan pendatang yang tinggal di Amerika Syarikat secara haram.

Pada bulan Mahkama Agung A.S telah menyekat usaha Trump untuk menamatkan program ‘DACA’. DACA’ atau ‘Deferred Action for Childhood Arrivals’, adalah polisi imigresen yang diperkenalkan presiden terdahulu, Barack Obama.

Secara asas, program ini adalah bertujuan unutk melindungi pendatang yang memasuki Amerika sebagai kanak-kanak secara haram. Dengan DACA ia memboleh kanak-kana imigran untuk kekal berada di negara itu tanpa perlu dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh dua tahun dengan syarat-syarat tertentu seperti bebas dari rekod jenayah.

Walaubagaimanapun, pada September 2017 Trump telah mengumumkan bahawa seramai 700,000 penerima DACA akan dicabut perlindungan mereka dan memberikan tempoh sehingga 6 Mac kepada Kongres untuk menggantikan polisi berkenaan.

Dengan undian 5-4, mahkamah tinggi memutuskan bahawa pentadbiran Trump melanggar Undang-Undang Prosedur Pentadbiran berikutan langkah yang diambil beberapa tahun lepas iaitu pengisytiharan penamatan program DACA.

Trump sedang menimbangkan sejumlah perintah eksekutif sebagai usaha dari pihak beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat