Trump Semakin Berang Dengan China, Kes Covid-19 Di US Bakal Cecah 100,000 Sehari!

985

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump nampaknya makin ‘berapi’ terhadap China berikutan pegawai kesihatan Amerika mengumumkan keadaan pandemik di negara itu semakin tidak terkawal.

Lebih membimbangkan lagi apabila ketua National Institute of Allergy and Infectious Diseases, Dr. Anthony Fauci melaporkan bahawa kadar kes negara itu buat masa sekarang, 40,000 kes sehari boleh mencecah pada kadar 100,000 sehari jika tiada tindakan diambil.

Sedia maklum, Trump menyalahkan China dan meminta negara itu bertanggungjawab ke atas penyebaran wabak coronavirus yang telah berada di luar kawalan di negara itu dan juga beberapa negara lain di dunia.

Menerusi ciapan beliau pada hari ini, jelas presiden itu semakin bengang dengan China atas keadaan yang berlaku di AS, negara yang berada di carta teratas memiliki kadar kes dan kematian tertinggi akibat pandemik COVID-19.

China pula sebaliknya menuduh pentadbiran Trump sekadar mempolitikkan pandemik itu untuk mengalihkan perhatian daripada kelemahan langkah dan cara mereka menangani wabak yang dilihat tiada jalan penyelesaian.

Terkini AS mencatatkan rekod kes sebanyak 2,727,853 dan jumlah kematian mencecah 130,122.

Berikutan daripada itu, Kesatuan Eropah (EU) telah rasmi memutuskan AS dikecualikan dari senarai ‘negara yang selamat’ untuk melancong ke negara EU bermula pada 1 Julai 2020.

Antara negara yang mendapat kebenaran ialah Algeria, Australia, Kanada, Georgia, Japan, Montenegro, Morocco, New Zealand, Rwanda, Serbia, South Korea, Thailand, Tunisia, Uruguay dan China (tertakluk kepada perjanjian timbal balik).

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat