Trump Tak Jujur!-Putera Arab Saudi

752

Bekas ketua perisik Arab Saudi, Putera Turki al-Faisal telah mempersoalkan peranan Presiden Donald Trump dalam rundingan damai baru-baru ini antara Emiriah Arab Bersatu dan Israel. Tambahnya lagi, presiden AS itu tidak bersifat jujur dalam isu kewarganegaraan Palestin. Bukan itu sahaja! Baginda turut menyatakan bahawa bapanya, Almarhum Raja Faisal, yang memerintah kerajaan pada tahun 1960-an dan 1970-an, akan turut kecewa kerana Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain menandatangani perjanjian baru-baru ini tanpa  mengemukakan sebarang penyelesaian untuk rakyat Palestin.

Menurut putera berkenaan, terdahulu Raja Faisal memutuskan untuk mengenakan sekatan minyak terhadap Amerika Syarikat setelah negara tersebut membuat keputusan untuk memberikan lebih banyak bantuan kepada Israel semasa Perang Ramadan pada tahun 1973 dengan alasan untuk memaksa Amerika Syarikat menjadi broker yang jujur ​​antara Israel dan tanah Arab yang lain.

Untuk pengetahuan semua, pada tahun 1973, Raja Faisal telah mengenakan embargo minyak terhadap A.S. dan negara-negara lain yang membantu Israel semasa Israel mencetuskan Peperangan Yom Kippur. Bahkan baginda juga menekankan bahawa Israel perlu menarik diri dari wilayah Arab yang diduduki setelah perang 1967.

Malangnya, Presiden Donald Trump bukanlah seorang broker yang jujur bahkan tindakannya amat mengecewakan.

Walau bagaimanapun, White House tidak mahu mengemukakan sebarang maklum balas berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, Arab Saudi telah lama terlibat dalam isu berkaitan Palestin, tetapi naratifnya telah berubah dalam beberapa tahun terakhir. Berdasarkan sebuah wawancara, Putera Mahkota, Mohammed bin Salman mengatakan bahawa rakyat Israel mempunyai hak untuk memiliki tanah mereka sendiri.

Namun, Putera Turki tetap menegaskan bahawa kerajaan mereka ini masih bertanggungjawab untuk mencari inisiatif perdamaian Arab dan mempertahankan negara Palestin dengan ibu kotanya.

Pada 13 Ogos yang lalu,”Abraham Accords,” telah ditandatangani oleh UAE dan Israel, menandakan normalisasi hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara. Begitu juga Bahrain yang menandatangani perjanjian itu beberapa hari kemudian, menjadikan UAE dan Bahrain sebagai negara Arab ketiga dan keempat yang bertindak menormalkan hubungan dan mengiktiraf Israel, setelah Jordan dan Mesir.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat