Trump Tidak Puas Hati Dan Gesa Kongres Luluskan Dana Pembiayaan Untuk Perniagaan Kecil!

400

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tampil menyuarakan pandangan beliau pada hari Jumaat dengan menekankan bahawa langkah pendanaan yang menumpukan pada perniagaan kecil hendaklah diluluskan oleh kongres.

Parti Republik telah mengusulkan langkah rangsangan bagi membantu perniagaan kecil sepertimana yang juga dikhendaki oleh pentadbiran Trump pada hari Khamis namun telah mendapat bantahan daripada parti Demokrat. Parti Demokrat berpendapat peruntukan tambahan harus mengutamakan dana untuk hospital, kerajan tempatan dan bantuan makanan.

Disebabkan bantahan yang datang dari pihak pembangkang, Trump telah menyalahkan parti Demokrat kerana dana pembiayaan haruslah mensasarkan pada perniagaan kecil bagi membiayai para pekerjaan, yang dimana  kini belum dapat dilaksanakan.

Menurut Trump dalam laman web Twitter beliau, Kita seharusnya mempunyai perlaksanaan infrastruktur fasa empat dengan pemotongan cukai gaji dan beberapa perkara lain. Semuanya bagi melancarkan kembali ekonomi! kata Trump.

Pandangan Trump telah berubah jika dibandingkan dengan pandangan yang diutarakan oleh beliau pada hari Khamis semasa dalam taklimat Covid-19 di Rumah Puthin, dimana beliau telah berucap bahawa kedua-dua parti Demokrat dan Rupublik diperlukan untuk mencapai kelulusan dan setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell mengatakan bahawa akan ada diskusi tambahan yang akan melibatkan para pemimpin Kongres.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat