Trump Ugut Nak Tutup Syarikat Media Sosial Twitter & Facebook?

1,584

Presiden Amerika Syarikat (A.S) Donald Trump semalam dilaporkan telah mengugut untuk menutup beberapa syarikat media sosial yang menimbulkan kontroversi, sehari selepas Twitter memberi amaran terhadap pengguna laman sosial itu untuk memeriksa terlebih dahulu mengenai kicauan oleh pemerintah tersebut.

Tanpa sebarang bukti kukuh, Trump sekali lagi tampil menuduh Twitter yang berat sebelah menerusi kicauannya, “Pihak kerajaan lihat laman media sosial benar-benar menolak suara konservatif. Pihak kami akan bertindak tegas dengan mengawal atau menutup serta merta sebelum perkara itu berlaku.”

Tindakan beliau dengan mengugut untuk menutup laman sosial media terbesar dunia seperti Twitter dan Facebook merupakan ugutan berisiko tinggi terhadap Big Tech. Susulan daripada itu, saham bagi kedua-dua syarikat tersebut dilihat susut semalam.

Kejadian ini bermula apabila Twitter buat kali pertama menambah label semak fakta, tanda seru biru terhadap kicauan oleh Trump sebagai tanda amaran kepada pengguna bahawa dakwaan beliau adalah salah. Dakwaan tersebut mengenai tuntutan pemerintah itu mengenai undi bersurat. Walau bagaimanapun, tanda seru biru tersebut telah dibuang dari kicauan tersebut oleh pemeriksa fakta.

Buat masa sekarang, Twitter dan Facebook tidak memberi sebarang ulasan mengenai kicauan oleh Trump.

Keadaan masih samar sama ada Trump berkuasa untuk menutup kesemua syarikat tersebut atau tidak. Menurut American Civil Liberties Union, Pindaan Pertama Undang-Undang AS menyekat tindakan Trump yang membolehkan pemerintah itu mengawal laman media sosial.

Manakala, White House masih dalam pertimbangan untuk mewujudkan pegawai yang akan menguruskan aduan berkenaan anti-konservatif di dalam media sosial.

Tindakan Twitter pada Selasa membuatkan Trump menuduh pihak mereka campur tangan dalam pemilihan presiden bagi November ini. Facebook dilihat sekadar membiarkan catatan beliau mengenai undi bersurat itu tanpa sebarang ulasan atau reaksi.

Menerusi kicauannya di Twitter, beliau menuduh bahawa undi bersurat akan menyebabkan penipuan terhadap undian, pemalsuan dan pengundi yang tidak layak mengundi dapat mengundi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat