Truth Social – Donald Trump Akhirnya Lancarkan Aplikasi Media Sosialnya Sendiri

297

‘Ada yang berminat ke nak download app ni? Dengar cerita app ni perjuangkan hak kebebasan bersuara.’

Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akhirnya melancarkan aplikasi Truth Social pada peranti pintar utama keluaran AS, iPhone.

Sebagai imbasan, Donald Trump telah dilarang daripada menggunakan aplikasi Twitter, Facebook dan Alphabet Google iaitu YouTube ekoran serangan ke atas Capitol AS oleh penyokongnya pada 6 Januari 2021 selepas beliau dituduh menghantar mesej yang menghasut kepada keganasan.

Berbalik kepada aplikasi Truth Social, ia telah dibangunkan oleh Trump Media & Technology Group (TMTG) yang diketuai oleh bekas Republican U.S Representative, Devin Nunes.

Ia dibangunkan dengan tujuan untuk menjadi peneraju platform hak kebebasan bersuara kepada pengguna yang selama ini berasa hak mereka telah disekat oleh platform teknologi yang lain.

Di AS, para pengguna iPhone boleh mula memuat turun aplikasi tersebut menjelang tengah malam semalam waktu tempatan.

Nunes pada penampilan di Fox News berkata mereka menjangkakan menjelang akhir Mac nanti aplikasi tersebut akan beroperasi sepenuhnya di seluruh AS, selain turut menzahirkan keyakinan bahawa aplikasi tersebut pasti akan mendapat sambutan hebat oleh pengguna.

Dalam pada itu, semasa pelancaran aplikasi tersebut pada tengah malam tadi, sejumlah pengguna menghadapi masalah untuk mendaftar akaun atau telah ditambahkan pada senarai menunggu disebabkan jumlah permintaan yang besar.

Setakat ini masih tidak ketahui lagi sama ada aplikasi Truth Social mampu menyaingi populariti media sosial gergasi lain seperti Twitter, dimana persaingnya seperti Gettr App, Parler App dan Rumble App sedang bergelut untuk menembusi pasaran utama.

Disamping itu, TMTG masih diselubungi kerahsiaan dan keraguan oleh sesetengah syarikat teknologi serta media lain kerana ia masih tidak jelas bagaimana firma tersebut membiayai pertumbuhan semasanya.

Menurut laporan pada 21 Oktober lalu, TMTG juga merancang penyenaraian di New York melalui penggabungan dengan firma cek kosong, Digital World Acquisition Corp (DWAC) dan akan menerima wang tunai $293 juta yang DWAC pegang sebagai amanah dengan mengandaikan tiada pemegang saham DWAC yang menebus saham mereka.

Sebagai makluman tambahan, DWAC telah mendapat perhatian daripada Securities and Exchange Commission (SEC) dan U.S. Financial Industry Regulatory Authority.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat