Tuah BTC? Sektor Pelancongan El Salvador Berkembang Pesat!

553

Pelancongan El Salvador telah berkembang lebih daripada 30% selepas menerima pakai bitcoin sebagai tender yang sah berdasarkan kenyataan oleh Kementerian Pelancongan negara tersebut. “Matawang kripto telah menggandakan peluang untuk menjalankan perniagaan dengan lebih ramai rakan kongsi di mana-mana sahaja pelusuk dunia”, jelas kerajaan El-Salvador.

Kerajaan Salvador telah menggariskan beberapa faedah ekonomi hasil daripada menerima pakai bitcoin sebagai tender yang sah. Undang-undang bitcoin negara berkuat kuasa pada September tahun lalu, menjadikan BTC sebagai mata wang negara yang dilengkapi dengan US dolar.

Dalam notis yang dikeluarkan, ia menyebut bahawa pelancongan adalah salah satu sektor yang menjadi bukti bahawa bitcoin telah mendorong kepada perkembangan ekonomi negara. Ketua Kementerian Pelancongan (MITUR), Morena Valdez, mengulas: “Pelaksanaan bitcoin memberi manfaat kepada sektor ini. Lebih ramai pelancong dan pelabur telah datang untuk melihat bagaimana mata wang kripto berfungsi.”

Berdasarkan tinjauan yang memuatkan soal selidik sebelum dan selepas penerapan bitcoin. Hasil penilitian mendapati lebih ramai pelancong dan pelabur telah datang untuk melihat bagaimana mata wang kripto berfungsi.”

Menteri pelancongan meneruskan, bilangan pelancong adalah lebih dari jangkaan iaitu sebanyak 1.4 juta telah diterima berbanding 1.1 juta yang dianggarkan. Tambah beliau, 60% daripada bilangan pelancong adalah dari Amerika Syarikat.

Disisi lain, presiden El Salvador, Nayib Bukele menyatakan bahawa BTC turut menyumbangkan kepada pertumbuhan KDNK negara. Beliau menjelaskan bahawa El Salvador mencapai pertumbuhan KDNK dua angka buat kali pertama dalam sejarah selepas ia menerima pakai undang-undang bitcoin.

Tambahan pula, presiden Salvador itu menyatakan bahawa “eksport El Salvador (pemacu utama pertumbuhan ekonomi) meningkat 13% pada Januari ini, berbanding Januari 2021.”

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat