Tudia! Boleh Pula GBP/USD Lompat Balik 120 Pips Semalam

182

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam kembali paparkan corak kenaikan harga, mengubah arah pergerakan pada penutup dagangan minggu lalu yang membuat penurunan.

Walaupun Pound masih didagangkan berisiko, namun harga berjaya paparkan kenaikan harian semalam sekitar 120 pips susulan pergerakan tak menentu US dolar menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada malam ini.

US dolar dilihat bergerak sedikit lemah pada awal minggu dipengaruhi oleh faktor sentimen pasaran yang kembali mereda dari ketegangan antara US-China sebelum ini berkenaan objek terbang yang berlegar di ruang udara negara masing-masing.

Namun, pihak ketenteraan AS percaya bahawa objek terbang tersebut adalah bukan daripada China.

Kini tumpuan pasaran akan terarah kepada data inflasi AS malam ini, tapi sebelum itu laporan data pekerjaan UK terlebih dahulu akan diberi perhatian pada sesi Eropah sebentar lagi.

Pada carta GBP/USD semalam, harga pada mulanya berlegar perlahan di paras 1.20300 sebelum melonjak sehingga ke paras ketinggian 1.21500.

Lonjakan tersebut juga dilihat melepasi paras 1.21000 dan menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut untuk isyarat awal pergerakan bullish harga.

Kenaikan harga jika diteruskan dilihat akan menguji rintangan pada zon 1.22000 yang gagal ditembusi pada kenaikan minggu lalu.

Selepas berjaya ditembusi, kenaikan dijangka akan menuju ke paras-paras tumpuan lebih tinggi seperti paras 1.23000 atau ke zon rintangan 1.24000.

Sebaliknya, jika berlaku terjunan semula harga di bawah paras 1.21000 dan MA50, akan menjadi isyarat bearish buat harga untuk menyambung semula corak penurunan minggu lalu.

Penurunan harga dilihat akan menuju zon 1.22000 dan boleh melepasi paras dicecah minggu lalu untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat