Tukar Haluan Ke AI, Solana Bina ChatGPT Plugin!

218

“Terbaiklah SOL, cepat mengambil peluang untuk lebih berkembang.”

Yayasan Solana (SOL) berhasrat mengusahakan beberapa projek menarik pada blockchain dan artificial intelligence (AI) melalui geran berskala kecil bernilai $1 juta.

Dilaporkan, kedua-dua projek baharu dan sedia ada boleh memohon geran itu sementara Yayasan SOL sungguh percaya daya pengeluaran serta skalabiliti blockchain yang tinggi dapat menawarkan pelbagai peluang unik untuk bina idea baharu menggunakan AI.

Umum mengetahui pemberian itu adalah untuk menggalakkan ekosistem SOL meneroka penggunaan AI, namun tool dApp yang dibina di atas blockchain aset digital tersebut harus penuhi tiga kriteria jika ingin menerima geran berikut.

Antaranya ialah ia harus tersedia secara umum bagi digunakan oleh orang lain, bersumberkan terbuka apabila dilancarkan dan tidak dilupakan juga mempunyai kod sumber yang sentiasa tersedia untuk Yayasan SOL.

Sudah sedia maklum pengenalan OpenAI’s ChatGPT telah mencetuskan kekecohan besar dalam industri teknologi global susulan ia menjadi tempat tumpuan untuk cari bahan baharu yang menarik dan sediakan jawapan kepada pertanyaan pengguna.

Rentetan itu, SOL Labs mencipta pelaksanaan open-source reference untuk ChatGPT plugin yang akan membenarkan pengguna berinteraksi dengan rangkaian SOL secara terus daripada ChatGPT.

Oleh demikian, sesetengah pengguna telah menghantar beberapa SOL ke address tertentu menggunakan ChatGPT tetapi mereka perlu mempunyai wallet aset digital itu dan dana yang mencukupi supaya transaksi tersebut dapat dibuat.

Selain dapat memaparkan semua non-fungible token (NFT) yang dipegang oleh address SOL , pengguna juga boleh meminta ChatGPT membeli koleksi digital tersebut berasaskan SOL dengan menyatakan harga sanggup dibayarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat