Tumpuan Pada Laporan Ekonomi Minggu Ini, Harga Emas Terus Naik

56

Harga emas terus mencatat peningkatan dalam pasaran Eropah pada hari Isnin berikutan tumpuan pasaran pada laporan ekonomi U.S akan datang. Data yang akan dikeluarkan nanti akan memberi kesan kepada perlaksanaan polisi monetari The Fed pada beberapa bulan berikutnya.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX meningkat sebanyak 0.24% kepada $1,277.29 per auns setakat jam 04.50 petang.

Harga emas jatuh menjunam menghampiri 1% iaitu sebanyak $13.30 pada hari Jumaat namun mula mencatat peningkatan pada hari minggu sebanyak 0.4%.

Pelabur menantikan laporan data inflasi U.S pada hari Rabu. Data ini akan menjadi indikasi penting dalam perlaksanaan polisi monetari U.S.

Selain daripada data inflasi, pada minggu ini laporan jualan runcit U.S, harga pengeluar, permit binaan, pembinaan rumah, hasil pengeluaran industri dan soal selidik sektor pembuatan bagi daerah Philadelphia dan New York juga akan dikeluarkan.

Dalam minggu yang sama, pengerusi The Fed Janet Yellen juga akan memberi ucapan.

Bank pusat U.S dijangka akan mengadakan rundingan perlaksanaan polisi yang terakhir pada 12-13 Disember. Pasaran menjangkakan The Fed akan meningkatkan kadar faedah pada bulan tersebut.

Pasaran kini memberi tumpuan pada pelan reformasi cukai. Segelintir pelabur percaya bahawa perlaksanaan reformasi cukai akan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi dan akan mendorong The Fed untuk meningkatkan kadar faedah.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat