Tumpuan Pada Laporan Hari Ini Mendorong Pengukuhan Dolar

46

U.S dolar mengukuh pada hari Rabu berikutan tumpuan pasaran terhadap ucapan ahli The Fed dan laporan yang bakal dikeluarkan pada hari ini. Selain itu,  turut mendorong pengukuhan dolar U.S ialah perkembangan positif berkenaan reformasi kod-cukai.

Indeks dolar U.S meningkat 0.25% kepada 93.59 setakat pada jam 5.40 p.m setelah mencapai pada paras tertinggi 93.729 pada hari Selasa.

Menurut pakar strategi matawang Rabobank “berita mengenai rundingan pelan reformasi cukai U.S telah mendorong pengukuhan matawang dolar U.S, namun kita memerlukan data ekonomi yang lebih kukuh untuk US Dolar meningkat lebih tinggi.”

Pada hari Isnin, Senat Republik U.S menyatakan sokongan untuk mengundi dalam resolusi bajet, yang merupakan perkara penting bagi Presiden Donald Trump untuk melaksanakan pelan reformasi cukai beliau.

Para pelabur juga memberi tumpuan kepada laporan U.S Beige Book.

Selain itu, pasaran juga memberi perhatian kepada calon yang bakal menduduki kerusi pengerusi Fed yang akan menggantikan Janet Yellen. Trump telah memilih 5 calon untuk disaringkan dan dijangka akan mengumumkan calon pilihan beliau pada awal bulan November.

EUR/USD sedikit jatuh sebanyak 0.19% kepada 1.1744, manakala GBP/USD jatuh sebanyak 0.16% kepada 1.3169 setakat jam 5.40 p.m selepas laporan data pengangguran UK stabil pada bulan Ogos, manakala upah inflasi meningkat melebihi jangkaan.

Matawang yen dan Swiss franc juga menyusut dengan USD/JPY meningkat 0.45% iaitu pada 112.71 dan USD/CHE meningkat 0.26% iaitu pada 0.9809.

Matawang Australia dan New Zealand dolar juga menyusut apabila AUD/USD jatuh sebanyak 0.28% iaitu pada 0.7823 dan NZD/USD jatuh sebanyak 0.60% iaitu pada 0.7122 setakat jam 5.40 p.m.

Matawang Kanada jatuh sedikit USD/CAD sebanyak 0.03% pada bacaan 1.2527.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat