Tumpuan Pasaran Terarah Kepada Data Harga Pengguna US 8.30 Malam Ini

52

The Fed akan terus meneliti data inflasi US. Selain daripada data jualan runcit, pasaran juga akan terus memerhati pergerakan trend harga domestik pada Jumaat dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada polisi monetari bank pusat US.

Data harga pengguna US akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini di mana pasaran menjangkakan harga pengguna naik 0.3%, manakala inflasi-teras (core-inflation) juga naik 0.2%.

Dari segi tahunan inflasi teras (Core-CPI) dijangka akan mencapai paras 2%. Inflasi teras dilihat sebagai data petunjuk inflasi yang lebih baik bagi melihat trend pergerakan inflasi dalam jangka panjang yang tidak mengambil kira makanan dan bahan api.

Kenaikan inflasi sudah tentu dilihat sebagai pemangkin (catalyst) untuk menolak kenaikan kadar The Fed.

Jika dilihat dalam pasaran hadapan kadar faedah The Fed (Fed Fund Future), potensi kenaikan pada Jun kini berada di sekitar 74%.

Dalam sesi Khamis kita telah melihat satu lagi data inflasi harga pengeluar (Producer Price Index,PPI) telah merekod kenaikan pada April di mana inflasi terasnya juga meningkat.

Harga pengeluar untuk bulan April naik 0.5% melebihi jangkaan 0.2% dan juga bacaan sebelum itu yang merekod kemerosotan 0.1% pada Mac.

Secara keseluruhan pasaran melihat data harga pengeluar yang dikeluarkan pada Khamis begitu positif dan ia akan menjadi pemangkin kepada keyakinan pasaran jika data harga pengguna malam ini juga positif. Ia sekaligus akan melonjakkan lagi potensi kenaikan kadar faedah The Fed pada Jun dan terus menyokong US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat