Tumpuan Pasaran Tertumpu Dalam Beberapa Isu Berikut Menjelang Akhir Tahun!

314

Pada hari Rabu, US dolar merosot ke paras terendah selama lima bulan dan mata wang euro menyentuh  paras puncak lebih dari empat bulan seiring harapan bahwa Federal Reserve akan segera mengurangkan suku bunga, namun keterujaan dalam pasaran  perdagangan menjadikan pergerakan terbatas.

Kebanyakkan para trader dan pemain pasara sedang menikmati cuti akhir tahun, volume  dagangan dilihat kemungkinan akan sedikit tenang sehingga Tahun Baru.

Indeks US dolar, yang mengukur nilai dolar AS berbanding enam mata wang utama, susut menjadi 101.36, mencapai paras terendahnya sejak 28 Julai. Indeks US dolar berada dalam fasa untuk mengalami penurunan sebesar 2% pada tahun 2023 setelah dua tahun keuntungan kukuh yang didorong oleh jangkaan kenaikan suku bunga the Fed.

Menurut Jens Magnusson, ketua ekonomi di SEB berpandangan pasaran saham masih kukuh dan kemungkinan akan bertahan hingga Tahun Baru. Jika tidak ada sentimen pemangkin termasuk geopolitik, maka pasaran mata wang akan kekal mendatar untuk beberapa hari akan datang.

Pasaran saat ini memasukkan kemungkinan 85% dari pengurangan suku bunga sewal bulan Mac 2024, berdasarkan alat CME FedWatch, dengan lebih dari 150 mata pengurangan. Data AS yang menunjukkan perlambatan dalam inflasi telah memperkukuhkan taruhan pada penurunan suku bunga tahun depan.

Sementara itu, euro mengukuh hampir 0.2% menjadi $1.1061, mencapai paras tertinggi lebih dari empat bulan. Mata wang ini kukuh lebih dari 3% dalam tahun ini.

“Secara keseluruhan, selama naratif pendaratan lembut tetap bergema dan selera risiko masih ada, maka orang akan lebih melihat kepada euro berbanding US dolar,” kata Magnusson dari SEB.

Yen Jepun susut 0.1% menjadi 142.55 per US dolar dan menuju penyusutan 8% pada tahun ini meskipun mata wang  ini mengalami pengukuhan dalam beberapa minggu terakhir mencerminkan harapan Bank of Japan akan segera keluar dari kebijakan sangat longgar.

Gabenor BOJ Kazuo Ueda mengatakan pada hari Rabu bahwa beliau tidak terburu-buru untuk mengakhiri polisi monetari yang longgar kerana risiko inflasi berkembang di atas 2% dan hanya meningkat secara kecil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat