Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia, dilaporkan telah meninggal dunia pagi ini pada usia 86 tahun dan disahkan oleh peguamnya, Datuk Gurdial Singh Nijar.
Menurut laporan, Tun Daim telah dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya beberapa minggu lalu selepas mengalami strok yang membuatkan kesihatannya semakin merosot. .
Daim pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali pada dari tahun 1984 hingga 1991, dan sekali lagi dari 1999 hingga 2001 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau banyak menyalurkan sumbangan kepada Malaysia dengan reformasi ekonomi dan memimpin Malaysia melalui krisis ekonomi besar, termasuk krisis kewangan Asia 1997.
Pada tahun 2018, beliau kembali berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan bagi membantu kerajaan Pakatan Harapan dalam reformasi ekonomi dan dasar negara.