Tunggu! Emas Belum Habis Meroket Lagi

3,001

Logam kuning emas terus mengekalkan momentum pengukuhannya pada Jumaat meskipun risiko dalam pasaran sudah sedikit mereda ketika serangan Rusia terhadap Ukraine memasuki hari kedua.

Serangan Rusia ke atas Ukraine pada Khamis telah mencetuskan panik dalam pasaran yang sekali gus mendorong harga emas meroket ke paras tertinggi sejak September 2020 pada $1,974 per auns.

Bagaimanapun, laporan mengenai perkembangan semasa yang bercampur-campur menjelang penghujung sesi New York menyebabkan dagangan emas kembali berundur dari puncak tertingginya ke bawah paras harga $1,900.

Namun berikutan risiko yang masih membelenggu pasaran, pelabur enggan melepaskan pegangan terhadap aset selamat itu seterusnya membawa dagangan emas kembali meningkat di sekitar harga $1,913 per auns pada sesi Asia (11.00 pagi waktu Malaysia).

Tindakan Rusia telah mencetuskan tindak balas daripada Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya yang lain, di mana Presiden Joe Biden bertindak mengumumkan langkah yang menghalang keupayaan Moscow untuk menjalankan perniagaan dalam dolar AS, sekatan terhadap bank dan syarikat milik negara.

Dana dagangan bursa (ETF) yang melabur dalam emas dan logam berharga lain telah menyaksikan aliran masuk besar-besaran apabila pelabur bergegas mencari aset perlindungan (safe-haven).

Selain perkembangan mengenai perang Rusia-Ukraine, pelabur akan menumpukan perhatian kepada penerbitan data indeks perbelanjaan pengguna AS (PCE) pada mala mini yang berpotensi memberi impak pada dagangan emas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat