Tuntutan Pengangguran AS Jatuh Kepada Paras Terendah Pada Minggu Lepas!

225

Jabatan Buruh Amerika Syarikat melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas jatuh ke paras terendah sejak bulan April. Hal ini menunjukkan pasaran buruh A.S masih kukuh menjelang laporan perkejaan yang akan dilaporkan keesokan hari.

Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 30 November jatuh sebanyak 10,000 daripada 203,000 berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh. Angka ini jauh tersasar daripada sasaran penganalisis yang menjangkakan tuntutan pengangguran naik kepada 215,000.

Kejatuhan dalam tuntutan faedah/insurans pengangguran ke paras terendah sejak bulan April dan hal ini membawa indikasi bahwa pasara buruh masih kukuh walaupun ditengah kelemahan dalam sektor pembuatan, pertumbuhan global yang lemah dan pelaburan perniagaan yang lemah. Pakar ekonomi mencadangkan agar pengguna terus meningkatkan perbelanjaan bagi mendorong pengembangan ekonomi.

Laporan ini dikeluarkan menjelang pekerjaan yang bakal dikeluarkan oleh Jabatan Buruh. Dijangka pengambilan pekerjaan meningkat pada kadar sederhana berbanding tahun lepas manakala kadar pengangguran akan kekal pada paras terendah 50 tahun lalu. Dalam masa yang sama, laporan pekerjaan swasta menunjukkan syarikat-syarikat swasta menambah 67,000 pekerjaan pada bulan November. Angka terendah dalam tempoh 6 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat