Bilangan rakyat Amerika Syarikat yang menfailkan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran secara tidak dijangka meningkat pada minggu lalu,
Tuntutan awal untuk faedah pengangguran meningkat 23,000 kepada 248,000 bagi minggu berakhir pada 12 Februari, kata Jabatan Buruh pada Khamis. Para pakar ekonomi yang ditinjau oleh Reuters telah meramalkan 219,000 permohonan untuk minggu terkini.
Tuntutan pengangguran telah menurun sejak mencecah paras tertinggi tiga bulan pada pertengahan Januari ketika penularan pandemik Covid-19 merebak di seluruh negara. Amerika Syarikat melaporkan purata 145,769 jangkitan COVID-19 baharu sehari, turun daripada bacaam 700,00 yang dikecapi pada pertengahan Januari.
Setakat ini terdapat kekurangan pekerja hampir 10.9 juta. Pakar ekonomi, Veronica Clark menyatakan bahawa beberapa pergolakan dalam pasaran buruh dalam tempoh terdekat yang boleh jadi lebih baik mahupun sebaliknya. Justeru tidak hairan tuntutan pengganguran akan jatuh lebih lanjut.
Ekonomi telah mencipta 467,000 pekerjaan pada Januari. Pasaran buruh yang semakin mengecil telah mendorong pertumbuhan gaji yang kukuh, yang menyumbang kepada inflasi yang tinggi.
Dalam minit mesyuarat Rizab Persekutuan pada 25-26 Januari yang diterbitkan pada hari Rabu menunjukkan kebanyakkan para penggubal polisi di Bank Pusat A.S melihat keadaan pasaran buruh sudah mencapai piawaian atau sangat hampir dengan tenaga kerja penuh.
Fed dijangka akan mula menaikkan kadar faedah pada bulan Mac sebagai langkah untuk meredakan inflasi.