Tuntutan Tidak Masuk Akal EU Mungkin Punca Brexit Berakhir Tanpa Perjanjian

441

Ketua Perunding Brexit UK, David Frost, dalam satu keterangan berhubung rundingan Brexit pusingan ketiga dengan Kesatuan Eropah (EU), menyatakan kekesalannya bahawa mereka hanya membuat sedikit kemajuan dalam usaha untuk mencapai kesepakatan.

David Frost yang memberi keterangan di hadapan para menteri kabinet UK, berkata bahawa rundingan tersebut mungkin akan berakhir dengan tanpa perjanjian kerana Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier terus mendesak supaya permintaan Brussels perlu ditunaikan sebelum perbincangan yang lebih serius dibuat.

Menurut Frost, permintaan EU yang dikatakan tidak masuk akal adalah merupakan halangan utama dalam usaha kedua-dua pihak untuk mendapatkan perjanjian perdagangan bebas sebelum berakhirnya tempoh peralihan Brexit akhir tahun ini.

Permintaan Brussels untuk UK terus mematuhi peraturan EU, serta mendapatkan akses penangkapan ikan di perairan UK dan persaingan yang adil, telah ditolak oleh Britain dan digesa untuk mengubah mandat perundingannya sebelum memulakan rundingan seterusnya pada 1 Jun.

Bagi memudahkan perbincangan tersebut, UK akan menerbitkan secara umum semua draf teks perundangan UK pada minggu ini supaya negara anggota EU dapat melihat pendekatan mereka secara terperinci.

Sementara itu, akhbar UK Sunday Times melaporkan bahawa kerajaan UK kini dikatakan bersedia untuk berundur daripada rundingan perdagangan bersama Brussels pada bulan depan.

Jawatankuasa kerajaan perancang tanpa perjanjian XO (exit operations), yang dipengerusikan oleh Michael Glove dilaporkan telah bertemu dua kali dalam satu minggu pada awal bulan Mei dan perjumpaan tersebut akan diadakan lebih kerap untuk mempersiapkan prospek bahawa tidak ada kesepakatan perdagangan dicapai.

Perkembangan dalam isu Brexit ini terus menekan matawang pound untuk diniagakan lemah berbanding US dolar yang turut dilemahkan oleh kenyataan Ketua Ekonomi Bank of England (BOE), Andy Haldane mengenai kesediaan bank pusat terhadap kadar faedah negatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat