TVK Tempah Tiket Menuju Ke Bulan, Catat Lonjakan Fantastik!

461

Kehangatan pasaran kripto mula dirasai apabila harga Bitcoin ketika ini kembali berada di paras harga sekitar $40,000 dan telah mempengaruhi kripto lain untuk turut pamer lonjakan.

Terra Virtual Kolect (TVK) juga tidak ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada kripto yang mendapat tumpuan hangat para pelabur pada semalam.

TVK tampil agresif dengan disokong oleh penyenaraian TVK/USDT di platform Binance pada hari ini sekitar jam 6.00 petang waktu Malaysia seperti yang dinyatakan di ciapan Twitter Binance.

Pengumuman itu secara tidak langsung telah memberi impak positif kepada TVK/BUSD untuk mencatat lonjakan melebihi 90% dalam masa 24 jam.

Melihat kepada carta TVK/BUSD, pergerakan harga nampaknya tersekat pada paras resistance $0.38 untuk mempamerkan corak penurunan.

Jika diperhatikan kepada trend pergerakan harga, TVK dilihat sedang mengekalkan corak uptrend yang jelas setelah mencapai paras terendah pada penghujung Jun.

Sekiranya harga TVK terus mencatat kenaikan, paras resistance $0.38 bakal ditembusi untuk menuju ke paras resistance seterusnya sekitar $0.45.

Kenaikan yang lebih tinggi dijangka bakal menguji paras $0.60 dan berkemungkinan akan mencabar paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $1.20.

Jangkaan penurunan harga dilihat akan menuju semula ke paras RBS (resistance become support) $0.30 untuk mencatatkan HL (higher low) terbaharu.

Namun kebarangkalian untuk membuat penurunan yang lebih rendah dijangka akan mendorong harga TVK untuk kembali menguji zon RBS berikutnya sekitar $0.20-$0.22.

Setakat jam 11.50 pagi waktu tempatan, harga TVK susut melebihi 7% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.35.

Lihat gambar carta matawang kripto TVK/BUSD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat