Twitter Elon Musk VS Bluesky Jack Dorsey! Siapa Bakal Dominasi Dunia?

294

Jack dorsey, co-founder dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter bakal membangunkan rangkaian sosial decentralized Bluesky, sebuah Public Benefit LLC yang kini sedang berada dalam proses pengujian beta.

Secara konteks, Bluesky telah dilancarkan oleh Twitter pada tahun 2019 bagi mengembangkan konsep decentralized terhadap rangkaian media sosial termasuklah mewujudkan public discourse* yang kukuh.

*kaedah di mana orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan kebimbangan mereka mengenai sesuatu keputusan

Namun begitu, Bluesky tidak akan dikawal oleh sesebuah syarikat walaupun Dorsey meletakkan jawatannnya sebagai CEO Twitter pada November 2021 apabila pengasas Tesla Elon Musk berhasrat membeli platform media sosial tersebut.

Malah, Musk bertindak memecat CEO Parag Agrawel dan ketua eksekutif kanan lain sejurus selepas beliau mengambil alih Twitter.

Dalam pada itu, Bluesky akan menggunakan Authenticated Transfer Protocol (AT Protocol) terhadap platformnya serta membekalkan maklumat berkaitan cara ia berfungsi dalam masa terdekat.

Tindakan seterusnya, beliau akan membuat pengujian pembangunan protokol yang merupakan salah satu proses rumit ekoran ia memerlukan penyelarasan daripada pelbagai pihak sebaik sahaja rangkaian digunakan.

Difahamkan bahawa perkataan Bluesky adalah nama asal bagi projek tersebut sebelum ia dibentuk menjadi nama syarikatnya agar berfungsi sebagai portal terkemuka di atas Protokol AT.

Menurut Dorsey, beliau merancang untuk membangunkan Bluesky menjadi syarikat media sosial yang terbaik dengan memberikan sokongan penuh kepada Projek Zion v2 Web5.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat