Twitter Membuang 9% Pekerjanya Diseluruh Dunia

45

Dalam laporan pendapatan suku ketiga semalam, Twitter Inc. mengumumkan harga sahamnya meningkat sebanyak 5%. Zacks Investment Research (Institut kajian pelaburan Zacks) menjangkakan pendapatan US$605.9 juta yang rendah daripada pendapatan sebenar yang dilaporkan semalam sebanyak US$615.9 juta.

Twitter juga mengumumkan pengurangan tenaga kerjanya yang merancang untuk memberhentikan 9% pekerja di seluruh dunia yang mamerlukan perbelanjaan pampasan US$10 kepada US$20 juta. Twitter mempunyai 3800 pekerja di seluruh dunia.

Pemberhentian ini telah dijangkakan dan usaha untuk penjualan syarikat ini kepada syarikat yang berminat menemui jalan buntu apabila pembeli berpotensi seperti, Salesforce.com, Disney, Google, Facebook semua telah menarik diri dari pembelian ini.

Pembeli berpotensi ini merasakan harga yang ditetapkan terlalu tinggi bagi syarikat internet ini yang sedang beroperasi dalam kerugian. Untuk rekod, Twitter mengalami kerugian US$ 400 juta setahun.

Pun begitu, CEO Twitter, Jack Dorsey yang memfokuskan kepada penggunaan user friendly meningkatkan jumlah pengguna kepada media sosial ini.

Twitter dapat menarik pengguna sebanyak 313 juta pengguna sebulan kepada 317 juta yang meningkat 1.3%. Pendapatan yang dicattakan melalui pengiklanan naik 6% kepada US$545 juta. Secara keseluruhan pendapatan disumbangkan sebanyak 40% daripada pasaran antarabangsa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat