Twitter Setuju Dah Nak Jual, Tapi Si Elon Musk Main Tarik Tali Pula

171

‘Jual mahal pulak abang Elon ni, orang dah nak awak pulak banyak cekadak.’

Kontroversi pemerolehan Twitter Inc bernilai $44 bilion oleh Elon Musk hampir menemui titik noktah namun jutawan itu masih bermain ‘tarik tali’.

Difahamkan majoriti pemegang saham Twitter bersetuju untuk menjual syarikat kepada Musk melalui satu undian yang berlangsung sehingga Selasa.

Namun, purata undian pada hari Isnin sahaja menyaksikan sebilangan sebesar bersetuju dengan penjualan $44 bilion syarikat media sosial tersebut.

Akan tetapi keadaan di seberang dilihat berbeza apabila Musk berkeras enggan meneruskan pembelian $44 bilion terhadap Twitter.

Menurut Musk, beliau mengatakan Twitter memperdayanya berkenaan akaun spam yang diminta dan tidak dimaklumkan mengenai penyelesaian gaji yang dicapai syarikat dengan salah seorang eksekutif tertinggi.

Pertuduhan tersebut telah disangkal oleh peguam Twitter dengan mengatakan Musk membuat dakwaan ‘salah dan tidak sah’.

Sebagai makluman, prosiding mahkamah antara Musk dan Twitter dijadualkan berlangsung minggu depan.

Setakat penulisan ini, saham Twitter diniagakan rendah 1.85% pada $41.41.

Dalam satu berita berasingan, Twitter telah membayar sejumlah pampasan kepada bekas Ketua Pegawai Sekuriti Twitter iaitu Peiter ‘Mudge’ Zatko bagi menutup mulut.

Beliau telah menjadi subjek perebutan namun lebih cenderung memihak kepada Musk apabila testimoni Zatko akan digunakan pada mahkamah kelak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat