Lu Cilok Gua, Gua Cilok Lu! Twitter Serang Bekas Pekerja Pengkhianat

361

‘Kira macam syarikat sebenarnya dah bayar untuk tutup mulut tapi kantoi jugak.’

Pemberi maklumat (whistle-blower) yang mendedahkan penipuan Twitter berkenaan kontroversi perjanjian pemerolehan bersama Elon Musk kini didakwa pula.

Difahamkan bekas Ketua Pegawai Sekuriti Twitter, Peiter ‘Mudge’ Zatko, telah menerima pampasan sebanyak $7 juta pada Jun dan sepatutnya tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat ketika tempoh perkhidmatannya.

Menurut sumber berita dari Amerika Syarikat (AS), sebahagian daripada penyelesaian yang menyaksikan Zatko menerima sejumlah pampasan besar adalah beliau dilarang daripada bercakap tentang masanya di Twitter.

Namun melihat kepada situasi, Zatko telah mengingkari penyelesaian tersebut dengan membuat pendedahkan dengan mengatakan Twitter tidak telus dan menggubah pelan keselamatan yang diberikan kepada mahkamah.

Disebabkan fakta yang mana beliau telah terlebih dahulu menpersetujui perjanjian tersebut, maka pihak Twitter telah mengemukakan dakwaan tersebut kepada mahkamah.

Ulas sumber tersebut lagi bahawa Zatko akan bertemu Jawatankuasa Kehakiman Senat AS pada 13 September ini bagi membincangkan dakwaan itu.

Suka diingatkan bahawa tindakan bekas Ketua Pegawai Sekuriti itu yang ‘mengkantoikan’ Twitter telah memberi kelebihan kepada Elon Musk berkenaan perjanjian pemerolehan bernilai $44 bilion.

Sebagai rekod, Twitter Inc dan Musk masih lagi dalam pertikaian mahkamah berkenaan perjanjian pemerolehan $44 bilion yang menemui kegagalan pada awal bulan ini.

Musk menuduh syarikat enggan bekerja sama sementara Twitter mengatakan jutawan itu sengaja melengahkan masa untuk membeli pada harga yang murah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat