Twitter Terpaksa Ambil Langkah ‘Terdesak’ Kerana Elon Musk

215

‘Segala-galanya berubah apabila Musk menyerang.’

Tidak pernah dibuat orang syarikat gergasi media sosial sanggup beri imbuhan tambahan semata-mata untuk menambah pelaburan dari firma pengiklanan, tetapi mungkin Twitter Inc sudah mulai terdesak.

Dalam satu emel rasmi syarikat, Twitter menawarkan ‘insentif pengiklanan terbesar’ kepada firma pengiklanan yang menempah perbelanjaan pada platform media sosialnya.

Dijelaskan bahawa firma pengiklanan Amerika Syarikat (AS) yang menempah $500,000 tambahan perbelanjaan layak untuk menerima imbuhan pelaburan 100% sehingga mencecah $1 juta.

Perkara ini dipercayai terpaksa dibuat oleh Twitter selepas sejumlah besar firma pengiklanan menarik diri sejurus Elon Musk melengkapkan pembelian $44 bilion syarikat tahun ini.

Di tambah pula dengan tindakan Musk yang memecat sebahagian besar pekerja Twitter termasuk di jabatan penyederhanaan kandungan (content moderation) dan kejadian akaun spam menggusarkan pelaburan dari firma pengiklanan.

Sebelum ini, jualan pengiklanan menyumbang 90% kepada hasil Twitter tetapi dengan kemasukan Musk jelas bahawa syarikat bakal berdepan penyusutan jumlah hasil pada suku mendatang.

Sungguhpuh Musk pernah menyatakan hasrat untuk menjadikan Twitter ‘platform pengiklanan yang paling dihormati’ dan bukannya ‘tempat percuma untuk semua’, ia jelas gagal mendapat kepercayaan para pengiklanan untuk melabur.

Tidak dilupakan juga bahawa perubahan yang di bawa Musk untuk menegakkan hak kebenaran dengan mengembalikan beberapa akaun disekat sebelum ini boleh memberi impak imej buruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat