U.S Dolar Mengukuh Ke Paras Tertinggi 3 Bulan Lalu

53

Matawang U.S dolar mengukuh ke paras 3 bulan tertinggi pada hari Khamis berikutan data ekonomi U.S yang kukuh.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sebanyak 0.44% kepada 94.97 setakat jam 9.30 p.m berbanding sebelum keluar laporan yang mencatat bacaan 94.41.

Gross domestic product (GDP) meningkat 3.0% pada kadar tahunan bagi fasa Julai-September berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan. Pertumbuhan ini sedikit rendah daripada pertumbuhan GDP suku tahun kedua yang mencatat pertumbuhan 3.1%.

Pakar penganalisis menjangkakan pertumbuhan GDP hanya akan bertumbuh pada sekitar 2.5% berikutan badai Harvey dan Irma yang menimpa U.S.

Selain itu, pengukuhan matawang U.S dolar juga didorong kelulusan Senat terhadap cadangan bajet untuk tahun 2018 menaikkan semula jangkaan terhadap pemotongan cukai tidak lama lagi.

Ditambah pula, dengan spekulasi bahawa Trump akan melantik calon yang lebih hawkish sebagai pengerusi The Fed akan datang. Trump dijangka akan mengumumkan keputasan beliau pada 3 November dan dikatakan beliau telah menyenarai pendek calon kepada 2 calon iaitu Jerome Powell (gabenor Fed) dan John Taylor (pakar ekonomi Universiti Standford) sebagai calon pengganti pengerusi The Fed.

U.S dolar juga mengukuh berbanding yen, apabila USD/JPY meningkat 0.23% kepada 114.15, menghampiri paras tertinggi 6 bulan yang lalu setakat jam 9.30 malam.

Manakala Euro melemah berikutan kenyataan European Central Bank (ECB) pada hari Khamis yang akan mengurangkan pembelian bon. EUR/USD jatuh sebanyak 0.45% kepada 1.1595. Di UK, matawang sterling juga jatuh apabila GBP/USD jatuh 0.49% kepada 1.3097 setakat jam 9.30 p.m.

Dolar Australia meneruskan kejatuhan berikutan ketidakpastian peningkatan kadar faedah oleh bank pusat pada masa akan datang. AUD/USD didagangkan pada 0.7644, jatuh sebanyak 0.21%. NZD/USD pula menguat sedikit sebanyak 0.04% kepada 0.6845.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat