UAE Bakal ‘Terbang’ Ke Marikh, Pecah Rekod Tanah Arab!

394

UAE berjaya melancarkan misi penyelidikan Marikh yang dinamakan sebagai Hope bahkan mencipta sejarah sebagai misi interplanetary pertama di tanah Arab. Selain itu, akaun twitter rasmi milik Hope Mars Mission telah mendedahkan bahawa roket yang dikenali sebagai H2A, akan membawa misi Hope ke angkasa, telah dilancarkan dari Pusat Angkasa Tanegashima di Jepun.

Hope dilancarkan dari pusat angkasa Jepun pada hari Ahad. Sebelum ini, pelancarannya terpaksa ditangguhkan kerana keadaan cuaca yang buruk. Beberapa jam dilancarkan, segmen darat di Pusat Angkasa Dubai telah mengadakan sesi komunikasi dua hala dengan para peserta misi.

Untuk pengetahuan semua, misi penyelidikan Hope merupakan sebuah projek bernilai $ 200 juta yang dikenali sebagai “Al Amal” dalam bahasa Arab, dijadualkan untuk sampai ke Marikh ada Februari 2021 dan akan menghabiskan satu tahun Marikh yang bersamaan 687 hari di Bumi. Sepanjang berada di sana, mereka akan mempelajari dan mengumpulkan data di atmosfera planet merah itu. Di samping itu, tahun 2021 juga merupakan ulangtahun ke 50 tahun UAE.

Tambahan daripada itu, Misi Marikh Kesatuan Arab ini telah bekerjasama dengan sebuah pasukan di University of Colorado Boulder untuk membina kapal angkasa, dengan menggunakan kepakaran dari makmal Fizik Atmosfera dan Angkasa di universiti tersebut.

Bukan itu sahaja! Mereka telah menghabiskan bertahun-tahun melabur dalam penyelidikan dan pembangunan ruang angkasa serta menubuhkan agensi angkasa sendiri pada tahun 2014 setelah melancarkan satelit pada tahun 2009 dan 2013 yang dibangunkan bersama Korea Selatan.

Selain daripada UAE, Amerika Syarikat dan China turut melancarkan misi Marikh mereka sendiri dan dijangka sampai ke planet berkenaan pada waktu yang hampir sama dengan misi penyelidikan Hope.

Fakta lain berkenaan kerajaan UAE ialah mereka telah melancarkan pelbagai kempen untuk memperluas sektor STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) negara itu dan program pembangunan ruang angkasa ini adalah salah satu daripadanya. Selain itu, UAE juga merupakan negara pertama di dunia yang mempunyai menteri Artificial Intelligence dan banyak melabur dalam industri pertahanan mereka sendiri.

Sementara itu, kira-kira 200 jurutera dan saintis negara itu telah menghabiskan tempoh 6 tahun bekerja di kapal angkasa pertama di dunia Arab.

Menurut Ahmad Al Falasi, ketua Agensi Angkasa UAE dan menteri pendidikan tinggi mendedahkan bahawa negara tersebut telah berjaya melancarkan misi ke Marikh dan merupakan misi interplanetary pertama di tanah Arab serta bakal memulakan perjalanan sejauh 493 juta kilometer. Di samping itu, ianya adalah pencapaian terbesar UAE dan berfungsi sebagai pendorong kepada pembangunan dalam bidang angkasa, pendidikan, sains dan teknologi negara bekenaan.

Berikutan dengan pencapaian tersebut, beberapa anggota NASA telah memberikan ucapan tahniah kepada negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat