Ubat Paxlovid Pfizer Covid-19 Sudah Mendarat Di Malaysia

581

‘Senang, lepas ni dah tak payah cucuk-cucuk. Telan je macam makan panadol kalau kena Covid-19.’

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan sebanyak 48,000 stok Paxlovid, ubat antivirus Covid-19 berbentuk oral yang dibangunkan oleh Pfizer sudah tiba di Malaysia.

Menerusi ciapan di Twitter peribadinya, Dr Noor Hisham menzahirkan rasa syukur dengan ketibaan 48,000 stok Paxlovid jenis pil PF -07321332/Nirmatrelvir 150mg film-coated tablets & Ritonavir 100mg film-coated menerusi Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd.

Beliau menambah bahawa penggunaa Paxlovid bukan pengganti kepada vaksin Covid-19 sebaliknya ia adalah ubat antiviral bagi merawat Covid-19, sebagai penambahan kepada vaksinasi sedia ada yang akan mengesan virus dalam tempoh 5 hari bergejala.

Selain itu, beliau menambah kesan sampingan penggunaan Paxlovid termasuk sengal otot, muntah, cirit-birit, tekanan darah tinggi dan perubahan deria rasa.

Walaupun demikian, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa Paxlovid hanya akan digunakan dalam rawatan pesakit Covid-19 yang berusia 18 tahun ke atas yang tidak memerlukan bantuan penafasan dan mereka yang mengalami simpton teruk sahaja.

Dalam pada itu, bulan lalu menerusi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, telah memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan Paxlovid Pfizer untuk merawat orang dewasa, selain turut menyatakan bahawa kementerian sedang mengkaji untuk mendapatkan 2 lagi ubat antivirus iaitu Molnupiravir Merck dan ubat antibodi Covid AstraZeneca.

Walau bagaimanapun, setakat ini Paxlovid merupakan pil oral pertama yang direka khusus untuk merawat Covid-19 yang diluluskan di Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat