Uber Beli Saham Postmates Bernilai $2.65 Bilion

171

Uber telah mengumumkan bahawa mereka telah membeli saham Postmates, iaitu syarikat perkhidmatan penghantaran makanan bernilai $2.65 bilion dolar. Selain itu, kontrak yang telah ditandatangani, menyatukan servis penghantaran makanan keempat terbesar di Amerika Syarikat dengan Uber Eats.

Di samping itu, langkah yang diambil oleh Uber adalah untuk memastikan aplikasi Postmates berjalan secara berasingan serta disokong oleh rangkaian pedagang dan penghantar yang lebih cekap.

Menurut sebuah laporan, Uber sebelum ini berusaha untuk membeli perkhidmatan penghantaran makanan pesaingnya iaitu, GrubHub. Namun begitu, perbincangan yang diadakan menemui kegagalan kerana syarikat tersebut tidak bersetuju dengan syarat pembayaran yang dikemukakan.

Berikutan dengan penularan wabak pandemik COVID-19, industri e-hailing mengalami impak yang buruk. Oleh yang demikian, Uber bijak mencipta peluang dengan menceburi sektor penghantaran makanan bagi mempertahankan perniagaannya. Pada bulan April yang lalu, pendapatan Uber dalam sektor e-hailing telah mencatatkan penurunan sebanyak 80% manakala pendapatan melalui servis penghantaran makanannya telah meningkat 50%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat