Kemenangan Donald Trump pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) telah mencetuskan penurunan dalam pasaran akibat ‘Trump Trades’ sebagai isyarat pelabur mula lebih berhati-hati.
Dorongan politik tersebut juga mencetuskan satu arah yang berbeza buat sasaran Federal Reserve (Fed) apabila mandat-mandat yang mampu mencetuskan semula kenaikan inflasi.
Baru-baru ini, Pengerusi Fed Jerome Powell dalam ucapannya berkata mereka tiada keperluan yang terdesak untuk menurunkan kadar faedah kerana ekonomi masih kukuh dan ini menyebabkan harapan pasaran untuk berlakunya pemotongan kadar semakin kabur.
Selain itu, data harga pengguna dan pengeluar meningkat pada bulan Oktober sedikit lebih tinggi berbanding September menunjukkan tekanan inflasi di penghujung tahun masih berisiko untuk melantun.
Jerome Powell turut berkata sasaran Fed untuk membawa inflasi ke paras 2% semakin sukar.
Firma gergasi kewangan, Blackrock menjangkakan pengurangan kadar pada Disember semakin kurang pasti dan keputusannya nanti akan mencerminkan dasar Fed pada tahun 2025.
Walaupun pasaran masih bertenang, ramai melihat ekonomi Amerika Syarikat mampu mendarat dengan selamat (soft landing) bagi mengelak berlakunya kemelesetan teruk.
Bagi pelabur, peralihan tinggi yang ketara selepas pilihan raya seakan-akan memberi kesukaran dalam menjangkakan arah yang seterusnya.