Ucapan Powell Punca EUR/USD Melonjak Ke Paras $1.1800

468

Selepas kenyataan bernada dovish disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di persidangan ekonomi Jackson Hole penghujung minggu lalu, US dolar telah paparkan penyusutan yang ketara.

Powell menyatakan mereka akan berhati-hati menilai data-data ekonomi terbaru dan risiko dalam penetapan dasar bank pusat. Kenyataan dovish tersebut telah menyaksikan reaksi negatif pasaran terhadap US dolar pada penutupan dagangan minggu lalu.

Situasi ini berkemungkinan akan meneruskan penyusutan US dolar bersambung pada minggu ini. Namun, pelabur juga berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Ogos yang akan diterbitkan di penghujung minggu.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, jangkaan kenaikan harga menepati ramalan penganalisis pasaran apabila harga kembali menguji paras rintangan 1.18000.

Mengatasi rintangan sebelumnya sekitar 1.17800, pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD turut memberi isyarat pergerakan bullish.

Bersambung pada dagangan awal minggu ini, pergerakan harga masih perlahan di sesi Asia namun sedikit meningkat di atas paras 1.18000.

Pelabur walau bagaimanapun tetap berhati-hati pada dagangan awal minggu untuk menantikan isyarat lebih jelas harga.

Dengan jangkaan untuk US dolar menyambung penyusutan selepas isyarat dovish oleh Powell, harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan lebih tinggi pada minggu ini menuju zon rintangan pada 1.19000.

Mencapai ke paras tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru harga untuk tempoh 4 minggu.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam di bawah paras 1.18000, paras 1.17000 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji harga.

Penurunan lebih rendah akan menguji paras support 1.16700 sebelum ini sebelum menuju pula ke zon harga 1.16000 bagi penurunan yang diteruskan pada trend bearish.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat