Ucapkan Selamat Tinggal Pada ‘Burung Biru’ Twitter – Elon Musk

725

Pengguna Twitter nampaknya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada ‘burung biru’ dan nama ‘Twitter’ yang tidak lama lagi akan digantikan kepada ‘X’.

Pemiliknya, Elon Musk memberitahu bahawa beliau akan menukar logo Twitter dalam tweetnya yang berbunyi, “Dan tidak lama lagi kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada jenama Twitter dan, secara beransur-ansur, semua burung.”

Tambahnya, logo interim (sementara) akan disiarkan pada hari yang sama.

Terdahulu, pihak INTRADAY pernah melaporkan mengenai Elon Musk yang telah menukar nama perniagaan itu kepada X Corp.

Hal ini susulan rancangan beliau untuk menjadikan Twitter sebagai ‘aplikasi super’ yang dipanggil ‘X’ seperti WeChat China.

Sementara itu secara berasingan, Ketua eksekutif Linda Yaccarino, menulis di platform tersebut bahawa penjenamaan semula itu merupakan peluang baharu yang menarik.

Sudah sediakah anda untuk ucap selamat tinggal pada burung biru Twitter?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat