Benci Nama “Twitter”, Elon Musk Tukar Jadi “X Corp”!

518

“Yang bukan-bukan je Musk ni, ada je perkara baharu yang dia nak buat.”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter Elon Musk secara rasminya telah menukar nama Twitter kepada X Corp pada bulan depan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk melaksanakan X – The Everything App.

Diperjelaskan lebih lanjut, Twitter menghantar penyata dan e-mel rasmi kepada rakan kongsi perniagaan, pemegang saham dan pihak berkaitan untuk memberitahu Twitter Inc akan dinamakan X Corp., di mana kontrak, pengebilan serta rekod lain kini dirujuk pada syarikat itu kecuali nombor id cukai.

Walaupun Twitter akan berada di bawah syarikat induk X Holding Corp, pengurusannya sama sekali tidak akan berubah dan perkhidmatan media sosialnya masih dikenali sebagai Twitter.

Susulan penukaran tersebut akan berlaku pada 18 Mei bulan depan, syarat perkhidmatan, dasar privasi dan perjanjian pemprosesan data perlu dikemas kini semula untuk mencerminkan perubahan nama yang dilakukan itu.

Sementara pemfailan mahkamah baru-baru ini di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di Daerah Selatan Florida mendedahkan bahawa X Corp sebenarnya berpangkalan di Nevada dan bukannya Delaware.

Umum mengetahui bahawa Musk rancang untuk menjadikan Twitter sebagai aplikasi segala-galanya sama seperti WeChat China yang telah dilancarkan sejak April 2022.

Sudah sedia maklum Twitter sudah memperkenalkan pembayaran pada platform melalui mata wang fiat sebagai pilihan pertama, namun Musk didapati berhasrat mengintegrasikan memecoin kegemarannya Dogecoin (DOGE) ke dalam platform itu.

Rentetan itu, harga DOGE berpotensi untuk melonjak lebih tinggi pada masa hadapan, di mana kini memecoin tersebut berada pada paras $0.0930 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $12 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat