UK Bakal Hapuskan Semua Peraturan Covid-19

1,035

Individu yang didapati positif Covid-19 di Britain tidak perlu lagi untuk menguarantinkan diri kerana Perdana Menteri Boris Johnson akan mengumumkan pemansuhan peraturan tersebut sebagai sebahagian daripada rancangan ‘hidup bersama Covid’.

Menurut pegawai Downing Street, PM Johnson berhasrat untuk membatalkan semua peraturan Covid-19 yang menyekat kebebasan awam di England apabila beliau membentangkan rancangannya pada hari Isnin.

Langkah itu akan menyaksikan peraturan kuarantin diri dimansuhkan dan keperluan memakai pelitup muka digugurkan menjelang akhir Februari. Pada masa ini, orang yang diuji positif Covid perlu menguarantinkan diri selama 10 hari atau lima hari penuh selepas dua keputusan negatif.

Ia akan menjadikan England sebagai negara kedua di Eropah yang membatalkan sepenuhnya peraturan coronavirus selepas Denmark minggu lalu mengumumkan ia menghapuskan semua langkah sekatan termasuk keperluan pengasingan diri untuk kes Covid.

Sementara itu dalam ucapannya pada Ahad, PM Johnson mengatakan bahawa kerajaan kini sedang membentuk strategi jangka panjang untuk hidup dengan Covid-19 yang akan melindungi kebebasan dan mengelakkan sekatan pada masa depan dengan bergantung kepada kemajuan perubatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat