UK Berdepan Risiko Pemulihan Lebih Lama, Langkah Apa Lagi Akan Diambil BOE?

212

Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey berkata bahawa bank pusat sedia untuk menambah lebih banyak langkah rangsangan berikutan ekonomi UK berisiko untuk mengambil masa yang lebih lama untuk pulih dari kesan pandemik coronavirus.

Menerusi satu kenyataan yang ditulis kepada akhbar The Guardian, Bailey memberitahu bahawa UK menghadapi risiko pemulihan yang lebih lama dan sukar berbanding kemelesetan yang dialami.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Polisi Monetari BOE mempunyai hak untuk mempertimbangkan beberapa pilihan selanjutnya termasuk mengurangkan kadar faedah kepada tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Tambah beliau lagi, ada kemungkinan bahawa aktiviti ekonomi untuk pulih dengan lebih cepat, tetapi ia adalah bergantung kepada bagaimana langkah-langkah tersebut dilonggarkan dan berapa banyak kerosakan jangka panjang terjadi ke atas ekonomi.

Penganalisis menjangkakan bank pusat akan meningkatkan pembelian asetnya sebanyak £80 bilion pada mesyuarat polisi bulan depan, lebih-lebih lagi selepas Gabenor Bailey menyatakan kesedian BOE untuk mengambil langkah selanjutnya untuk menyokong ekonomi jika diperlukan.

Minggu lalu, Bailey memberitahu parlimen bahawa terdapat pandangan yang berbeza mengenai pelaksanaan kadar faedah negatif sama ada ia akan membawa keuntungan kepada ekonomi seperti Jepun dan Zon Eropah.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak mengenai kemungkinan untuk melaksanakan kadar faedah negatif, dan bank pusat kini sedang menilai bagaimana tindak balas ekonomi UK terhadap pemotongan yang telah dilakukan sebelum ini.

Ketika pertemuan BOE pada awal bulan ini, bank pusat telah menyatakan satu senario yang menunjukkan ekonomi akan menguncup pada separuh pertama tahun ini, dan pengeluaran akan mengalami kejatuhan tahunan terbesar dalam tempoh 300 tahun, sebelum pulih pada akhir tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat