UK Berhadapan Dengan Risiko Ekonomi Yang Lebih Besar? – Ini Ulasan Para Penggubal BoE!

209

Para penggubal dasar BoE (Bank Pusat England) seperti wakil gabenor bank BoE, Dave Ramsden dan penggubal dasar, Gertjan Vlieghe pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan bernada amaran bahawa ekonomi UK berkemungkinan akan terjejas lebih buruk.

Penggubal dasar BoE menganggarkan bahawa paras output ekonomi akan lebih rendah daripada yang dianggarkan. Vlieghe mengingatkan risiko yang dihadapi ini memerlukan beberapa tahun untuk ekonomi UK kembali kepada tahap prestasi sebelum penularan Covid-19.

Sebelum ini, BoE menyatakan pada bulan Ogos bahawa pihak mereka menjangkakan ekonomi UK akan mencapai pertumbuhan ekonomi pra-Covid-19 pada akhir tahun hadapan.Setakat ini, Ekonomi UK telah merosot melebihi 20% pada suku kedua iaitu kemelesetan yang lebih buruk berbanding negara perindustrian besar yang lain.

Walaubagaimanpun, Vlieghe menyatakan dalam laporan tahunan kepada Jawatankuasa Perbendaharaan parlimen bahawa beberapa sektor ekonomi berkemungkinan tidak dapat kembali kepada prestasi sebelum pandemik dan ini akan membawa kepada reorientasi ekonomi. Atas dasar itu Vlieghe berpendapat bahwa beberapa tahun diperlukan untuk ekonomi kembali kepada kapasiti penuh dan tahap sasaran inflasi.

Disisi lain, Gabenor Andrew Bailey memberitahu penggubal dasar dalam sesi atas talian pada hari Rabu bahawa inflasi mungkin adalah tidak begitu lemah seperti yang dianggarkan oleh BoE pada bulan lalu kerana banyak perniagaan yang belum memberikan pemotongan cukai VAT kepada pelanggan.

Bailey juga menyatakan bahawa sektor pengguna telah menunjukkan pemulihan yang pantas namun sektor pelaburan adalah lemah. Perdana Menteri Boris Johnson pada minggu ini telah menggesa agar pekerja UK kembali bekerja di tempat kerja mereka.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat