UK Jangan Macam-Macam – China

1,088

Britain menjadi negara ketiga selepas Australia dan Kanada yang menangguhkan perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong sebagai tindak balas kepada perlaksanaan undang-undang yang telah mencetuskan kontroversi.

Setiausaha Luar Negeri, Dominic mengumumkan perkara tersebut pada Selasa dan meluahkan kebimbangan beliau terhadap kurangnya perlindungan peraturan dan kehakiman bagi warganegara yang tinggal di bawah undang-undang keselamatan baru itu.

Malah, pengenaan undang-undang itu dikatakan telah mengubah kepercayaan utama yang menyokong pengaturan perjanjian ekstradisi UK dengan Hong Kong.

Tambah beliau lagi, Britain tidak akan mempertimbangkan untuk menyambung semula perjanjian tersebut melainkan terdapat perlindungan yang jelas dan tegas untuk mengelakkan ekstradisi dari UK disalahgunakan di bawah undang-undang itu.

Dalam pada itu, tindakan UK nyata telah meningkatkan kemarahan China dan memberi amaran bahawa Britain akan menerima akibatnya sekiranya terus campur tangan dalam urusan Hong Kong yang juga urusan dalaman negaranya.

Penangguhan itu dibuat ketika ketegangan antara UK dan China semakin tegang ekoran penarikan semua peralatan teknologi Huawei dari rangkaian 5G negara itu setelah menerima tekanan oleh Amerika Syarikat.

Sebelum ini juga, Perdana Menteri Boris Johnson telah menawarkan visa dan peluang kerakyatan serta menyediakan perlindungan kepada warga Hong Kong berikutan ancaman daripada undang-undang keselamatan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat