UK Sedia ‘Buang’ Protokol Ireland Utara

204

Setiausaha Perdagangan Antarabangsa UK, Liz Truss bersedia untuk melepaskan sebahagian besar protokol Ireland Utara selepas perbincangan dengan Kesatuan Eropah (EU) mengenai perjanjian Brexit terhenti.

Memetik kepada laporan yang dikeluarkan The Times, pegawai yang bekerja untuk Truss telah merangka draf undang-undang yang akan menghapuskan keperluan bagi semua pemeriksaan ke atas barangan yang dihantar dari Britain untuk kegunaan di Ireland Utara secara unilateral.

Perundangan itu juga akan membenarkan perniagaan di wilayah itu mengabaikan peraturan EU dan mengambil kuasa Mahkamah Keadilan Eropah untuk memutuskan isu berkaitan Ireland Utara.

Laporan ini hadir selepas utusan EU ke Britain memberitahu pada hari Isnin bahawa blok itu bersedia untuk memulakan semula perbincangan mengenai protokol Ireland Utara selepas terhenti kerana pilihan raya Perancis baru-baru ini.

The Times turut melaporkan bahawa Truss telah membuat kesimpulan bahawa perbincangan dengan EU telah menemui jalan buntu dan Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Maros Sefcovic tidak mempunyai mandat untuk bersetuju dengan perjanjian yang boleh diterima.

Langkah untuk membuang sebahagian daripada protokol itu dijangka dilaksanakan minggu depan, tambah akhbar itu lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat